Ketika Girls' Day Out kelmarin hari, kami telah menjamu selera di sebuah restoran Morroco berdekatan dengan marina di Barbican. Sungguh sedap sekali, lebih-lebih lagi dengan adanya insan yang sudi belanja (Thank you , Ina.......). Antara juadah yang telah kami nikmati adalah Chicken Couscous, Prawn Couscous dan juga Couscous with Meatballs. Sedap, sedap sekali. Dengan ini, saya mengumumkan, pertandingan meneka pinggan. Setiap pembaca dialu-alukan untuk menyertai. Namun begitu, tuan punya pinggan adalah dilarang sama sekali untuk mengambil bahagian. Silalah, sila caruk pinggan siapakah itu?
Senarai nama tuan punya pinggan:
- AlinYussuff
- HalwaniHarun
- AineeAdnan
- InaGerik (Nama sebenarnya bukan Gerik ya, ini adalah untuk mengelakkan salah seorang tuan punya pinggan menjadi teruja dengan nama sebenar si tuan punya nama , juga untuk mengelakkan tuan punya nama berasa teruja dengan nama sendiri)
Arah pusingan jam: AlinYussuff, InaGerik, AineeAdnan, HalwaniHarun
Ini pula senarai pinggan-pinggan nya:
Hadiahnya, sila lihat gambar di bawah. Terliur bukan. Itulah Canelloni. Lengkap dengan tomato ceri, bebola daging, sayur-sayuran dan keju yang cair. Setelah melihat gambar, Encik Omar Khayyam mengatakan, 'Gile appetizing, terus lapar perut jadiknya.' Ya, Encik Omar, memang lazat Canelloni kami semalam.
Apa lagi kawan-kawan, tekalah pinggan-pinggan di atas. Hadiahnya bukan sekadar gambar Canelloni sahaja. Lebih daripada itu. Sila lah.