Sheleshai lah shudah tanggung jawab untuk hari ini. Dah pangkah dah. Jam 10.40 tadi pegi. Pukul 11 dah beratur nak cuci kereta. Sekejap sahaja. Nak masuk pintu pagar St. Francis tadi ada nyonya datang approach. 'Amoi, undi BN ya. Dua-dua BN.' Ye lah nyonya. Tengoklah nanti. Haha.
Shekarang menunggu masa untuk bergerak ke Butterworth pulak. Ada walimah di Guar Chempedak. Tak jadi naik bas. Tiket bas dah jual balik. Dapat balik RM10. Pegi sana tumpang Uncle Tamjis dengan Aunty Kiah. Uncle dengan Aunty nak ngundi kat Butterworth. Azhar jadi driver. Tiket pon Azhar tolong jualkan balik tadi.
Ini nak pegi walimah jauh-jauh, walimah depan rumah tak pegi. Esok juga. Shudah nampak pengantin lelakinya berus lantai rumah. Khemah dah siap pacak pon. Malam tadi sampai sudah ada. Ada enam khemah semuanya. Reverse kereta kena hati-hati. Langgar pagar sampai patah takpe lagi. Buat pagar baru terush. Kalau langgar tiang khemah shushah. Parah. Rosak walimah orang nanti.
Shudahlah. Ini hanyalah rant sahaja. Sudah lama tak berupdate. Nanti pulang dari walimah Wani baru update lagilah. Kalau rajin.
Saturday, March 08, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment