Wednesday, April 30, 2008

Ikan Emas.

Saya ada 5 ekor ikan emas. Ikan emas saya kini berada di rumah. Mama yang tolong jagakan ikan emas saya. Sebenarnya saya ada perasaan takut untuk membela ikan emas. Saya takut sejarah akan berulang kembali. Saya pernah membela tiga ekor ikan emas yang berwarna emas, hitam dan putih. Tetapi mati selepas hari kelima. Tambahan pula akuarium pecah ketika proses menukar air. Selamat saya tanam ketiga-tiga di bawah pokok mangga.

Beberapa bulan lepas Mama beli tiga ekor ikan emas yang agak serupa. Dua minggu kemudian, tinggal seekor sahaja. Saya namakan yang seekor itu Ayushita, sempena lagu bertajuk Jangan Bilang Tidak yang kerap didengar. Saya rasa kasihan pada yang seekor itu. Lantas selepas ziarahi pusara ayahanda, saya mengajak semua ke kedai untuk membeli ikan emas sebagai teman hidup yang seekor itu. Ingatkan mahu beli 3 sahaja. Satu yang serupa seperti Ayushita, dan dua lagi spesis ikan emas yang lain. Tapi saya terbeli lebih satu. Kini, ikan emas yang serupa seperti Ayushita ada dua. Tiga termasuk Ayushita. Namanya Raffi dan Mouldy Peach. Dua ekor lagi saya berikan nama Yovie dan Nuno, sempena lagu kegemaran Jaja.

Inilah ikan emas saya.


Ramai pasti berkata-kata yang saya tak dapat nak bezakan pon mana satu Ayushita, Raffi, Mouldy Peach, Yovie dan Nuno. Tidak benar sekali. Saya mampu bezakan dengan senang. Warna Ayushita adalah gabungan emas dan putih yang seimbang. Raffi pula mempunyai warna putih melebihi warna emas. Warna Moldy Peach emas keseluruhannya. Yovie pula berlainan mata, kiri lain kanan lain. Dan Nuno mempunyai secalit warna hitam dibahagian ekornya. Senang bukan?

Mama kata ikan emas saya ini semakin manja. Bila datang dekat, semuanya bergerak ke dinding akuarium, minta disuapkan makanan. Makan mereka tiga kali sehari, menjadikan Yovie dan Nuno semakin hari semakin besar. Mama lantas menjadi geram sehingga mahu mencucuk perut Yovie dan Nuno dengan jarum. Bulat sangat katanya.

Sudah lama saya tak menjenguk ikan saya ini. Saya merindui ikan-ikan saya ini. Bila lagi akan pulang ke Sitiawan saya tidak lah tahu. Yang pasti bukan hujung minggu ini. Saya bakal menduduki peperiksaan minggu hadapan. Doakan saya ya. Ayushita, Raffi, Mouldy Peach, Yovie dan Nuno, doakan saya juga ya. Nanti saya pulang. Saya janji. Daa.

4 comments:

Jarod Yong said...

You have your goldfish...
I have my cat...
We love pets!
=D

Alin Yussuff said...

Jarod:
Kulness!

cry4freedom. said...

Nama adik beradik goldfish semua lain lain takde yang selinear sudah. Yovie Nuno, Rafi Ayushita ok lagi. Tiba2 ada Mouldy Peach? Haha. Ok lagu Moldy Peach. Emily punya bateri sudah berkelop kelop. Mintak diisi.

Alin Yussuff said...

cry4freedom:
Eh biarlah. Biar Mouldy Peach rasa special. Dia sorang yang lain. Mungkin dia bakal rasa dia mat saleh. Yang lain indon je. Haha.